awas-scam

 SILA BERHATI-HATI!
JANGAN sesekali melayan mesej atau PM daripada individu yang tidak anda kenali, terutamanya jika mereka meminta maklumat peribadi atau bercakap perkara pelik yang mencurigakan!

Tujuan saya membuat senarai nombor scammer Agent Topup Malaysia ini adalah untuk mendidik para dealer dan agen baru agar tidak mudah terpedaya dengan taktik licik penipu yang semakin berleluasa dalam perniagaan topup.

Sebelum saya senaraikan nombor-nombor yang dijamin 100% scam, anda perlu tahu dahulu beberapa jenis scam yang sering digunakan oleh scammer topup di Malaysia:

Jenis-Jenis Scam:

  1. Penyamar sebagai admin/topup dealer besar
    – Datang mesej tiba-tiba kononnya dari HQ atau admin sistem, minta anda transfer duit atau bagi butiran login.

  2. Tawaran modal murah luar biasa
    – Kononnya jual modal topup RM100 dengan harga RM70–RM80. Bila dah bayar, terus senyap.

  3. Fake bukti pembayaran / resit transfer palsu
    – Hantar gambar resit palsu dan desak anda masukkan modal ke akaun mereka walaupun duit belum masuk.

  4. Penipuan rekrut ‘downline’ palsu
    – Janji anda akan dapat komisen tinggi kalau daftar di bawah mereka, tapi semua info dan yuran lesap begitu sahaja.

  5. Akaun palsu guna gambar profil orang lain
    – Guna gambar individu dikenali atau profil orang sebenar untuk dapatkan kepercayaan.

  6. Scammer menyamar sebagai pembeli ejen sah
    – Bertindak seperti pelanggan nak beli topup, tapi kemudian buat laporan palsu atau tuntut semula bayaran.


Jangan mudah percaya walau apa jua alasan mereka. Semak dahulu, laporkan jika ragu-ragu, dan kongsikan maklumat ini supaya lebih ramai agen dan dealer tidak menjadi mangsa.MODUS OPERANDI SCAMMER TOPUP :

  • Berlakon menjadi UPLINE/STAFF/PETUGAS SERVER/ADMIN dan ingin mengupgrade akaun sistem topup anda kepada akaun lebih baik, contohnya bil 3% . Pihak sistem topup takkan PM menggunakan Whatsapp, Telegram, Messenger dan Media Social serta Chat anda dan berikan offer yang tidak munasabah.
  • Berlakon menjadi rakan Facebook/ahli keluarga anda dan cakap urgent nak topup/duit. Social Engineering scam. Mereka dapat data rakan/ahli keluarga daripada facebook anda. Jangan mudah percaya kepada orang yang claim mereka kawan mereka, kecuali anda confirm itu adalah rakan anda.
  • Promosi tambah modal dan upgrade tak munasabah. Contoh, tambah modal RM200 free RM100. Perniagaan reload takkan buat promosi tambah modal tak munasabah seperti itu.
  • Menyuruh anda menggunakan whatsapp untuk scan barcode gambar masuk ke dalam whatsapp web.
  • Nombor tidak dikenali tiba-tiba minta topup atau tolong bayar bil.
  • Meminta beli topup, bayar bil dan duit secara percuma.
  • Menyuruh membeli topup, bayar bil dan duit tapi hendak bayar kemudian.

CARA UNTUK ELAK DARI SCAMMER TOPUP :

  • Google nombor telefon tersebut. Kalau scammer biasanya mesti nombor dia akan keluar di Google sebagai scammer (scammer legend).
  • Jangan beri password kepada sesiapa. Admin pun takkan minta, sebab mereka dah ada sistem pun, tak perlu pun password anda. Yang minta password confirm PENIPU.
  • Jangan tukar password jika disuruh oleh sesiapa. Ada scammer yang cuba trick anda untuk upgrade akaun, kena tukar password kepada sekian-sekian. Jika anda tukar password anda kepada apa yang mereka inginkan, mereka akan dapat login dan habiskan modal anda.
  • Sekiranya rakan/keluarga mesej/wasap urgent nak topup/duit, call dahulu nombor tersebut kalau nombor tersebut nombor yang tidak dikenali untuk kepastian. Kalau tiba2 cakap tak boleh angkat, nak call phone rosak, confirm scammer.Terus contact ahli keluarga/rakan guna nombor/talian yang betul.
  • Tanya dahulu dengan careline/helpline/admin sistem topup anda untuk kepastian.

Baiklah, dibawah saya akan listkan nombor-nombor scammer tegar topup di Malaysia :

  • 0165130191
  • 0199761622
  • 01132588262
  • 0139205640
  • 0199419072
  • 0194167914
  • 0164581024
  • 0139773984
  • 0139400983
  • 0139142031
  • 0199762300
  • 0145327926
  • 0107644899
  • 01140318364
  • 01140338432
  • 01125693057
  • 0169014567
  • 0173704008
  • 0135946807
  • 01135323147
  • 01115444180
  • 0122583416
  • 01140232046
  • 0139069703
  • 01112624538
  • 01133605425
  • 0199963172
  • 0179701288
  • 0127016850
  • 0148421005
  • 01114815187
  • 0163781696
  • 0135395590
  • 0166064977
  • 01135503009
  • 0172274740
  • 0182642452
  • 0166275156
  • 0126403783
  • 0145610334
  • 0169849270
  • 0164877281
  • 01136923546
  • 01112624538
  • 01112129718 (scam penipuan pendaftaran)
  • 01118927100 (scam penipuan pendaftaran)
  • 6282158342298 
  • 0167496629
  • 01111132320
  • 0134542559 (scam bagi gambar ic)

Kalau ada nombor baru yang baru dibeli anda di dalam list ini, anda boleh hubungi kami untuk buang daripada senarai scammer topup dan bil yang pernah direkodkan banyak menipu dengan pelbagai nilai agent topup dan bil.

Pastikan jangan menipu untuk membuang nombor anda daripada senarai. Sebab kami boleh tahu nombor ic, alamat tempat tinggal dan wajah anda jikalau berbuat demian untuk dimajukan laporan report polis untuk tindakan susulan.

Maklumat Scammer Topup diatas akan diupdate dari semasa ke semasa.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan details mengenai scammer topup, anda boleh komen dibawah modus operandi dan nombor yang digunakan untuk kegiatan scam.